Pertama Kali Masuk Felda ... Cantik Sungguh!

Assalamualaikum ..

semalam  teman suami pergi rumah kawan dia...nun jauh ke hulu terengganu... 70 KM dari bandar Kuala  Terengganu ... sejam lebih jugak perjalanan menuju ke FELDA MENGKAWANG ... tak pernah sampai mana-mana felda sebelum nie..lepas je tempuh pemandangan kelapa sawit kiri dan kanan tak sangka bila masuk kawasan kampung yakni rumah penduduk..terpesona sekejap..cantik sunguh kawasan felda..kemas dan tersusun...pokok bunga dan lanskap pun banyak ... 




setiap rumah begitu indah dan ada keunikan tersendiri... dari google yaya dapat tahu yang Felda Mengkawang nie salah satu felda tercantik dan termaju di Terengganu ..

seronok je yaya gi sana ... tapi ada masalah bahasa dengan warga emas ... org muda dah boleh cakap standard trg tp org tua nie masih pekat loghat hulu mereka ... hihi..senyum dan angguk sahaja bila tak faham ..

masa nak balik tu mak kawan suami yaya tu melahirkan rasa kesal sebab tak dapat hidang nasi buat kami..ye la anak dia tak bg tau awal-awal..kami nak sampai baru cakap... mak dia siap suruh datang lagi sebab nak masak sedap-sedap dan ajak berkelah di Air Terjun Belukar Bukit ...cukup meraikan tetamu ...



nota : pic dr google ..





1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post