Duit Simpanan Anak .. Berbaloi Ke Setakat Simpan Dalam Bank Tu ???


Assalamualaikum ...

Tajuk entri ada tanda soal....tu maknanya yaya nak minta pendapat .... hihi  ^___^

al-kisahnya macam nie...

anak yaya yang sorang tu dah nak masuk 2 tahun..setiap bulan yaya menabung secara berdisiplin untuk dia..tak banyak..RM100 sahaja sebulan..yaya bukak akaun simpanan untuk dia..orang datang tengok dia masa yaya dalam pantang dulu semua masuk bank..duit raya pun sama..makcik-makcik bagi seringgit dua pun yaya masuk bank  ... pendek cerita semua duit dia yaya simpan kat bank ... biasa yaya update buku akaun 6 bulan sekali ... update setiap pertengahan dan akhir tahun...

dan semalam duit dalam akaun anak yaya dah RM5K+ .. agak banyak bagi yaya... tak sangka pun ada...hikhik .. tapi bila yaya kira balik feadah yang bank dah bg dalam tempoh 2 tahun nie cuma RM2.28 ..huhu..

nie yang membuatkan yaya berfikir .. berbaloi ke setakat simpan kat bank duit tu ???(akaun simpanan la..)

yaya ingat nak tutup terus akaun simpanan tu .. then duit tu yaya buat beli emas .. sebahagian lagi yaya nak invest dalam Public Mutual ..atau mana-mana unit trust... dan yaya akan tetap teruskan simpan RM 100 setiap bulan dalam Public Mutual tu ...

harga emas kan lagi lama lagi mahal ...kata lah yaya beli sekarang..next 15 years (umur wafiq dah 17..boleh buat persediaan duit untuk masuk U)..mungkin dah tersangat tinggi nilainya...kalau simpan kat bank tak kan mungkin dapat banyak ..

kalau tak beli emas pun yaya invest semua kat Public Mutual .... semalam dah discuss dgn akauntan kat ofis yaya nie..juga seorang agent Public Mutual ..(tapi tak pernah nak pelawa join pun...) yaya ade tanya dia kalau yaya simpan seratus sebulan and in next 15 yrs berapa yaya dah dapat..dia cakap dekat RM30K..(kira berdasarkan kadar keuntungan paling minima).....kalau simpan kat akaun simpanan baru ade RM18+..banyak bezanya tu..

bukan yaya tamak..mata duitan jauh sekali..cuma yaya rasa kita perlu bijak menguruskan wang.. ada baiknya duit tu bercambah ...untuk anak jugak kan...

siapa yang pernah hadiri kursus AKPK anjuran bank negara tentu faham maksud yaya...

pandangan korang semua amat yaya perlukan...mungkin korang ada cadangan lagi bernas..kongsi-kongsi ye dengan yaya..



nota : kursus AKPK (Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit) tu sentiasa terbuka..free je.. boleh contact bank negara terdekat .. kursus setiap hari rabu ...separuh hari je ....








6 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. kalau sy..tiap2 bulan invest duit utk byr insurans waiz.

    so 2 in 1 lah..leh buat simpanan, & boleh claimed insurance kalau jadi apa2. tu bhgian hubby wida lah.

    masuk tabung haji okey jugak sis..

    ردحذف
  2. betul jugak kan??risau gak takut x cukup duit utk anak nti..

    camne nak join kursus tu ek??mcm best je..

    ردحذف
  3. dawa : tu laa..kena fikir panjang ...

    suziey : tabung haji dah ada .. tapi atuk dia yang masukkan simpanan bulan-buln..hikhik..public mutual kita boleh pilih bidang yg kita nak invest...setahu yaya macam tu la...susah kan..ASB pun dah diragui ..


    wida : wida ambik insurance ape..hubby yaya ada ambik insurance utk anak..tapi kami tak sependapat pasal insurance nie..dia percaya yang lain..yaya lebih pada GREAT EASTERN.. tp apa yg penting kita tahu nak cari sape bila nak claim..lg senang kalau orang tu kita kenal...


    aanie : ye la..kita bukannya kaya raya ..memang kena menyimpan .. boleh call bank negara terdekat tanya pasal AKPK nie...

    ردحذف
  4. Yaya,
    Saya pernah jumpa seorang umat sebangsa dan seagama yang mempermainkan agama dengan berkata,

    "Masih ramai yang mementingkan duit dunia dari ganjaran syurga"

    Hanya kerana saya beli premium insurans untuk anak saya, beliau berkata demikian. Saya tak tahu nak kata apa. Saya tak ada kuasa nak jatuh hukum pada sesiapa.

    Apa yang Yaya lakukan untuk anak sememangnya sangat baik. Sekurang-kurangnya kita sebagai orang tua, ada inisiatif untuk menjauhkan anak dari bergelar penghutang seperti kebanyakan dari kita. Tapi, menyimpan duit dalam simpanan tetap sebenarnya tidak memberi apa-apa keuntungan melainkan hanya menabung semata-mata.

    Jika pilihan di tangan saya, saya memilih insurans plan pendidikan. Semua dalam satu. Insurans, tabung dan dividen. Jika berlaku sebarang kejadian tak diingini, mereka akan cover kita. Baik anak, mahupun kita. Mereka sediakan medical card jika anak dimasukkan ke hospital. Jika berlaku KEMALANGAN/SAKIT pada kita yang membuatkan kita tiada upaya untuk bekerja, mereka akan continue byrkan saving itu utk anak kita. Katakan Yaya membayar sebulan mungkin RM150? Cukup 20 tahun? Kira sekali dengan dividen? (Maaf, yang ini kena tanya pada agen insurans).

    Saya amat mementingkan 4 fungsi ini. Saving, dividen, insurans, dan medical card. Di samping menyimpan, anak juga harus kita aware krn malang itu tidak berbau. =)

    ردحذف
  5. Yaya,
    Saya beli Etiqa. Paling ok setakat ini saya rasa Great Eastern dan Prudential. Jangan ambil Etiqa la. Saya tak suka. Tapi saya terlajak ambil. Geram!

    Jangan lupa ambil education plan tau (klu decide nak amik) =)

    ردحذف
  6. Singgah sini..Setuju dengan penyimpnanan menggunakan EMAS sebab utk long term ia akn lebih menguntungkan sebab EMAS akan meningkat harganya..TAKKAN TURUN.. (ikut graf semasa)..

    Saya pon cadangkan buat sesiapa yang nak amik insurans, Lebih percaya kepada syarikat insurans Sebenar e.g: Prudential, Great Easter, ING etc..)..

    Macam MommyFara cakap betul..saya setuju...

    Sesiapa yang berminat utk mendapatkan plan insurans tuk anak 3 in 1 PLAN(simpanan+medical+Pendidikan) bleh hubungi saya di 012-3816041 untuk mengetahui dengan lebih lanjut..

    Prudential~Pru Bsn Takaful Agent..

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم