Awas ! Sindrom Ada Akal Tapi Tidak Berakal !

Assalamualaikum ...

Jangan berlagak seperti tahu segalanya ... memberi pandangan dan mengkritik sesuka hati.. Ilmu seputar akal belum boleh menandingi kemurnian nurani dan kehalusan budi dalam menangani sesuatu permasalahan. Pengalaman dan kematangan tidak boleh ditempa semata-mata dengan banyak membaca dan berwacana ....



Sekumpulan tikus bermesyuarat tentang cara menangani ancaman seekor kucing besar di rumah tempat mereka bersarang.

" Kita keluar waktu siang kerana waktu itu kucing selalunya tidur," cadang seekor tikus tua.

" Anak-anak yang masih kecil mesti ditemani oleh yang lebih tua ketika keluar mencari makanan," tambah seekor tikus yang lebih tua.

" Jangan lupa, hindari tempat-tempat yang berbahaya dan sensitif," kata seekor tikus yang kudung sebelah kakinya. Ia sangat berpengalaman dan pernah dittangakp oleh kucing tetapi berjaya melepaskan diri.

Tiba-tiba datang sekumpulan tikus muda menyergah masuk ke dalam mesyuarat itu dengan angkuhnya.

" Kami lebih tahu tentang selok-belok pertahanan dan keselamatan diri. Kami ada cadangan," kata seekor daripada mereka.

Tikus-tikus tua berdiam diri.

" Silakan, berilah cadangan kamu."

" Mudah sahaja. Kita gantung satu loceng di leher kucing itu. Bila dia bergerak, loceng berdering, dan kita pun boleh melarikan diri."

" Bagus! Inilah cadangan yang tebaik!" sokong tikus muda yang lain sambil memandang sinis tikus-tikus tua. Bangga. Angkuh.

" Baiklah kami terima cadangan itu. Cuma, ada satu pertanyaan..." ujar tikus tua.

" Apa dia?"

" Siapakah antara kita yang akan menggantungkan loceng di leher kucing itu?"

Semua tikus muda terdiam dan saling berpandangan. Ya, tak ya juga. Fikiran mereka tidak terjangkau lagi ke tahap itu.





nota kaki : apa pula pandangan anda ???








5 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. selalunya cerita ni dengar dalam program motivasi..
    semua orang boleh bagi pendapat. tapi siapa yg sanggup laksanakan tugas?

    ردحذف
  2. okeh.. cerita yg niena dpt kt sini, smua blh bgi pendapat, best2 plak tu.. bila bgi pndapat smua bernas tpi xmampu nk laksanakan dgn alasan:
    "aku dah kasi pendapat.. tugas org len laksanakan"

    ردحذف
  3. hahah!!cadangn yg agak bernas oleh tikus 2..hihi.....

    ردحذف
  4. hehe wah.. nice.. btul tu ..
    cite ni bg diri kte berpikir kan huhu

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم