Assalamualaikum ...
Seorang wanita daripada kaum Bani Israel datang kepada nabi Musa a.s dan berkata :
'' Ya Rasul Allah! Sesungguhnya aku telah melakukan satu dosa besar, tetapi aku telah bertaubat kepada Allah. Maka doakanlah bagiku semoga Allah s.w.t mengampuni dosakau dan menerima taubatku! ''
Lalu Nabi Musa a.s pun bertanya kepada wanita itu: '' Apakah dosa yang telah engkau lakukan itu ? ''
Jawab wanita itu: '' Ya Rasul Allah! Sesungguhnya aku telah berzina, kemudian aku telah melahirkan seorang anak yang telah aku bunuh anak itu.''
Maka Nabi Musa a.s lalu murka, seraya mengatakan kepada wanita itu: '' Pergi engkau dari sini sekarang juga, hai wanita yang berdosa dan penzina! Moga-moga Allah tidak menurunkan api dari langit yang akan membakar kami disebabkan oleh kelakuan mu yang keji itu.''
Maka pergilah wanita itudari penghadapan Nabi Musa a.s. dalam keadaan sedih hati. Ketika itu datang malaikat Jibrail a.s turun membawa wahyu, sambil mengatakan kepada Nabi Musa a.s : Hai Musa...Allah s.w.t. menyuruhku menyampaikan firman Nya kepada mu : ' 'Mengapakah engkau menghalau wanita yang bertaubat itu, hai Musa! Bukankah engkau masih boleh dapati orang yang lebih jahat lagi daripada wanita itu di muka bumi ini? ''
Nabi Musa a.s terpegun sebentar lalu bertanya Jibrail a.s : '' Siapa pula orang yang lebih jahat daripada wanita itu di muka bumi ini? ''
Jibrail a.s menjawab : '' Dia itulah yang meninggalkan solat dengan sengaja '' .
tazkirah jumaat. =)
ReplyDeletebesar lagi dose meninggalkan solat dari berzina hingge melahirkan anak? br tau. huhu. nice info kak yaya! :)
ReplyDeletekhatib Jumaat tadi baru cerita pasal ni..
ReplyDeletesemoga Allah mengampunkan kita semua..masih sempat untuk bertaubat selagi kita belum menemui ajal..