Wafiq Suka Dapat Buaian

Assalamualaikum ... 

sebelum nie yaya ade terpikir nak beli buaian nak letak kat laman rumah .. tapi sampai ke sudah tak terbeli ... ye la tengok harga pun boleh tahan ..tu yg asyik duk berfikir je tu ..haha  ..Wafiq pulak dah pandai cakap nak main buai ..ada satu hari tu dia tarik tangan yaya sampai pintu depan..yaya tanya nak pergi mana ..Wafiq jawab ..

'bu..jom..buai kok kek'...

bila ditanya nak main kat mana .. boleh pulak Wafiq jawab ...

'pata' ( pantai )

eh..korang tau tak buai kok kek tu ape..ala..buaian kat taman permainan tu .. kok kek tu pulak bahasa terengganu ..maksudnya yaya tak tau..haha..sebab perkataan nie ada dalam lagu tradisonal kanak-kanak trg..masa Wafiq kecik yaya selalu nyayikan lagu tu utk dia..tu yg melekat perkataan tu dalam otak dia ..lagu asal macam nie ..

ayun buai kok kek
kok kek hulu golok
hok dia lokek
hok Wafiq dia nok

*hok (kepunyaan) , lokek (kedekut)

al-kisahnya .... dengan yaya yang berfikir nak beli buaian sampai ke sudah .. Aki Wafiq dah siapkan satu buaian tradisional untuk Wafiq.. mula-mula tu Aki nak letak kat dahan pokok mempelam..tp tak jd..banyak pulak kerengga ..last-last gantung kat bawah rumah ...

 rasmi buaian pada pagi khamis...bangun tidur terus main...

Wafiq suka sangat nie ...

nampak macho .... ^___^

berdua dgn tok ma atas buai ...



nota : tak yah beli la kan buaian moden ... jimat duit ....^_____^














2 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. D_08 : sentiasa ada yang pegang dia..tak biar dia main sorang2 ..kecik lagi tu ...

    ReplyDelete
  2. acha pon ade buai kt umah..buatan atuknye....tp tiap x naik..sure jatuh...last² atuknye cabut..heheheh!!!

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post