Gula Tambahan Dalam Susu Anak - Pendapat Di Perlukan

Assalamualaikum ...

pening betul la .. mengenai gula tambahan dlm susu tepung anak...jenama X cakap macam nie.. jenama Y dakwa macam tu .. jenama Z kata dia yang terbaik ..kita sebagai ibu nie kalau boleh nak bg yang terbaik untuk anak ..

terbuka website Dutch lady .. tu pun keyword mencari 'iklan dutch lady 2011'..sebab anak yaya suka sangat tengok iklan tu ... pantang nampak perkataan Dutch Lady , pasti akan nyanyi MA MA MA ... hihi ...

nie yaya nak share ape yang yaya jumpa kat website dutch lady ...



Saya bimbang tentang tahap gula dalam Susu Untuk Membesar anak saya


1. Saya tidak tahu bahawa Susu Untuk Membesar perlu memiliki gula. Mengapa?

Pertama sekali, kita perlu memahami bahawa kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan sumber tenaga untuk membantu mereka membesar. Sumber utama tenaga adalah karbohidrat dan lemak. Karbohidrat sangat penting, kerana ia merupakan sumber utama tenaga yang diperlukan untuk pertumbuhan yang baik dan perkembangan tubuh dan otak, terutama untuk pertumbuhan kanak-kanak.

Gula adalah jenis karbohidrat. Susu yang merupakan produk alami dengan sendirinya mengandungi gula yang dikenali sebagai laktosa. Gula (laktosa) inilah dalam susu yang membantu anak anda untuk membesar. Oleh itu, semua Susu Untuk Membesar akan mengandungi beberapa bentuk gula .



2. Beritahu saya tentang gula dalam Susu Untuk Membesar Dutch Lady.

Di Dutch Lady Malaysia, kami telah membangunkan formula seimbang yang optimum untuk pertumbuhan kanak-kanak di Malaysia. Semua produk susu Susu Untuk Membesar Dutch Lady mematuhi sepenuhnya piawaian dalam deraf Susu Tepung Diformulasi untuk Kanak-kanak Malaysia, Cadangan Pengambilan Nutrisi Malaysia (RNI) 2005 dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) 2003 yang disyorkan.

Ada dua jenis gula yang paling sering ditemui dalam tepung Susu Untuk Membesar pertama, gula alami dalam susu yang disebut laktosa. Kedua, gula tambahan dari gula tumbuhan semulajadi.


Susu Untuk Membesar Dutch Lady mengandungi kombinasi laktosa dan tambahan gula tumbuh-tumbuhan. Ini kerana, di Dutch Lady Malaysia kami selalu berusaha untuk membangunkan produk-produk Susu Untuk Membesar yang dapat membantu menyambung jurang nutrisi kanak-kanak. Dengan memberikan Susu Untuk Membesar yang optimum dan berkhasiat seimbang digabungkan dengan makanan sehari-hari yang sihat, ini akan membantu anak anda untuk mencapai diet nutrisi seimbang yang penting untuk mereka membesar


3. Jadi, mengapa Dutch Lady perlu memiliki 'gula tambahan' dalam tepung Susu Untuk Membesar ?

Susu Untuk Membesar Dutch Lady adalah direka secara nutrisi menggunakan kombinasi gula alami dalam susu iaitu laktosa dan juga ditambah gula tumbuhan alami supaya nisbah semulajadi laktosa dalam susu dapat dikekalkan. Berdasarkan kajian bertahun-tahun, kami dapati bahawa adalah penting untuk Susu Untuk Membesar kami dirumuskan secara optimum. Penyelidikan kami mendedahkan bahawa produk-produk yang tidak dirumuskan secara optimum, contohnya dengan laktosa tinggi tidak dapat diterima oleh kanak-kanak Malaysia. Sebilangan kanak-kanak yang mengambil susu laktosa tinggi boleh mendapat komplikasi seperti cirit-birit, kembung (kerana terlalu banyak angin/gas) kesan dari ketidakmampuan tubuh mereka untuk memetabolikkan laktosa berlebihan.


4. Saya prihatin tentang kadar pengambilan gula anak saya dari tepung Susu Untuk Membesar. Bagaimana kadar gula dalam Susu Untuk Membesar Dutch Lady berbanding dengan jenama lain yang mendakwa 'tiada gula’tambahan?

Susu Untuk Membesar Dutch Lady mempunyai antara 15% hingga 32% kurang jumlah gula (pada setiap 100g susu tepung) berbanding jenama yang mendakwa 'tiada gula tambahan’. Bahkan, kadar gula dalam Susu Untuk Membesar Dutch Lady adalah mengikut Cadangan Pengambilan Nutrisi Malaysia (RNI) 2005, serta dalam Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) 2003 yang disyorkan.

Lactosa dan ‘gula tambahan’ dalam bentuk alami dari gula tumbuh-tumbuhan, semuanya adalah gula.

Jumlah gula dalam produk Susu Untuk Membesar Dutch Lady adalah lebihkurang 15% hingga 32% kurang (tiap 100gm susu tepung) dari jenama lain yang mengakui bahawa mereka ‘tiada gula tambahan’.



5. Saya membaca bahawa beberapa jenama yang mendakwa bahawa mereka 'tidak mempunyai ‘gula tambahan’ mengatakan bahawa jenama lain seperti Dutch Lady mempunyai banyak ' gula tambahan ' di dalam Susu Untuk Membesar mereka dan ini tidak sihat untuk anak saya. Adakah ini benar?

Jenama Susu Untuk Membesar yang mengaku bahawa “tidak ada gula tambahan” hanya berbicara tentang ‘gula tambahan’ (yang kami jelaskan ianya adalah gula tumbuh-tumbuhan). Namun, mereka tidak berbicara tentang kadar jumlah gula keseluruhan dalam susu mereka. Ibubapa harus melihat pada kadar jumlah gula dalam Susu Untuk Membesar anak mereka.

Jumlah gula merangkumi kedua-duanya, gula alami dalam susu iaitu laktosa dan gula tumbuhan alami yang ditambah. Walaupun produk Susu Untuk Membesar Dutch Lady telah menambah gula tumbuhan alami di dalam Susu Untuk Membesar kami, tepung Susu Untuk Membesar kami memiliki jumlah kadar gula yang jauh lebih rendah berbanding dengan jenama yang mendakwa bahawa mereka 'tidak menambah.


6. Adakah anak saya mendapat terlalu banyak gula dari Susu Untuk Membesar Dutch Lady?

Yakinlah bahawa anak anda tidak mendapat terlalu banyak gula dari Susu Untuk Membesar Dutch Lady kerana semua produk Susu Untuk Membesar kami dibuat mematuhi sepenuhnya piawaian dalam deraf Susu Tepung Formula untuk kanak-kanak, Malaysia RNI 2005 dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO ) 2003 yang disyorkan.


7. Dalam hal pengambilan gula, apa yang saya harus benar-benar prihatin?

Kami memahami bahawa ibu bapa bimbang tentang kesan pengambilan gula yang berlebihan dalam diet anak anda yang boleh menyebabkan kerosakan gigi, obesiti dan diabetes.

Jika anda bimbang tentang hal ini, selain memastikan bahawa anak anda meminimumkan pengambilan makanan tinggi kadar gula atau makanan ringan seperti coklat yang sesekali diambil, anda juga akan perlu melihat tahap jumlah gula pada Susu Untuk Membesar anak anda dan tidak tahap gula tambahan.

Tidak ada perbezaan dalam nilai kalori antara laktosa dan gula alami tambahan lain.


8. Saya temui di laman sesawang di Malaysia yang menyediakan model untuk mengira gula dengan melihat pada kadar Karbohidrat dari Susu Untuk Membesar dalam maklumat nutrisi. Ketika saya memasukkan kandungan karbohidrat dalam Susu Untuk Membesar Dutch Lady, produk anda mempunyai 7 hingga 10 sudu teh gula tambahan. Tolong jelaskan.

Kami tidak bebas/boleh menjelaskan bagaimana laman sesawang tersebut membuat kiraan mereka. Kami percaya bahawa secara fakta mungkin kaedah pengiraan tersebut mengelirukan pihak pengguna.

Cuma yang kami ingin jelaskan di sini bahawa dari segi kadar jumlah gula, Susu Untuk Membesar Dutch Lady memiliki antara 15% hingga 32% kurang jumlah gula (pada 100g serbuk susu) berbanding jenama yang mendakwa 'tiada gula tambahan’.


9. Adakah Dutch Lady merancang untuk mengurangkan gula tambahan dalam produk Susu Untuk Membesar?

Kami yakin bahawa gula tambahan semulajadi dari tumbuh-tumbuhan dalam Susu Untuk Membesar kami diperlukan untuk memastikan formulasi seimbang yang optimum supaya ia memberikan karbohidrat secukupnya (sumber tenaga) untuk anak yang sedang membesar. Tahap jumlah gula dalam Susu Untuk Membesar kami tidak berlebihan. Ianya juga dalam Cadangan Pengambilan Nutrisi Malaysia (RNI) 2005 dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) 2003 disyorkan.
 


Nota : Wafiq sekarang guna Anmum ... ada cadangan susu apa yg baik ???









6 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Fasal susu ni tak reti sangat...
    Kalau kualiti susu dinilai atas dasar harga...
    Tak mampulah beli susu yang mahal2 tuh...

    ReplyDelete
  2. thanx for info..lega skit..

    sy penah dgr gak doctor ckp pasal ni..dia kata sbnrnya xde istilah lebih gula dlm fm sb diorg mmg kena patuhi peraturan kandungan dlm fm tu...

    p/s: adam pakai dutch lady je....x mampu nak beli susu mahal...hehe...

    ReplyDelete
  3. Koding : FM sekarang mahal-mahal ...

    Puteri Salju : thanks.. baru tahu nie..

    SN Azizah : anak yaya dah dkt 2 tahun..sekarang dalam proses cerai susu badan...

    aanie : pening kan pk pasal nie..dalam kepala sekarang nie anta anmun,fern leaf n dutch lady

    ReplyDelete
  4. skrg miza guna gain plus...ok je sesuai ngan qila.takmo tukar2 la kot

    ReplyDelete
  5. anak sulung dah 4 tahun minum susu Enfagrow. hum sejak keluar iklan pasal tiada gula tambahan tu memang pening kepala.sebab kat ingredient ada tulis sirap jagung kot kalau tak silap. yang kedua pulak menyusu badan so tak risau pasal gula tambahan. hehehe...

    ReplyDelete
  6. mmg pening betul isu ini! Gula tambahan ke atau gula semulajadi ke - gula tu gula gak. apa lagi hubby i jumpa website ini yang melaporkan Menteri Kesihatan dah ban Anmum ad krn dakwaan2 gula yg tak benar!! http://www.marketing-interactive.com/news/26444. isk isk isk

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post