Assalamualaikum,
Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan syarat-syarat baharu lebih ketat berkuat kuasa serta-merta bagi pemilikan kad kredit.
Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan syarat-syarat baharu lebih ketat berkuat kuasa serta-merta bagi pemilikan kad kredit.
Timbalan Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, di bawah garis panduan itu, syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan kad kredit baharu memerlukan had pendapatan minimum dinaikkan kepada RM24,000 setahun berbanding RM18,000 sebelum ini.
‘‘Para pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja''.
Tak paham yaya kenapa orang nak pakai kad kredit sampai berkeping-keping ..agaknya kalau kad kredit tu terhilang sekeping tuan punya pun tak sedar yang kad kredit hilang..hihi..ye lah dah banyak sangat...
bg yaya tujuan kad kredit tu utk kurangkan penggunaan cash ..sama macam kad debit..cuma kad debit mmg sah-sah guna duit kita dalam bank..kad kredit pulak bank yang tolong advancekan dulu..
yaya sendiri pakai sekeping je.. tu pun pikir berbillion kali masa nak apply...sebab yaya memang takut benor dengan hutang..tapi bila memikirkan faedah2nya tergugat sikit iman nie..yang yaya pakai nie lebih Islamic..bank nie kad kredit tak de macam yang lain..redeem barang segala..boleh beli barang murah segala...setiap penggunaan akan dapat point dan point tu akan ditukarkan dengan pakej umrah..nak tukar tunai pun tak pe...segala pembayaran utk brg non-halal akan di reject... tapi tak kan la kita nak beli brg tak halal kan..hihi..kalau yaya meninggal dapat khairat kematian RM1000.. hutang dengan bank pulak kira hangus..hihi..tak bebankan family gi bayar hutang kad kredit...
rasanya tak perlu pakai banyak kad...kita tahu kemampuan kita setakat mana..kalau belanja berlebihan..hutang dgn bank tu..hutang dengan bank nie..akhirnya diri sendiri terjerat..hidup tak keruan...
ape pun kepada pengguna kad kredit..korang belanja ler dengan berhemah..congak-congak sikit hutang dalam kepala tu..hahha...jangan belanja sesedap rasa jer tau..ape yang penting hutang tak de dan hidup pun enjoy !! :-P
credit membunuh
ردحذفboleh buatkan kita muflis..
tambahan dengan charge interest tersembunyi..
salam kenal yaya..
ردحذفpinky dtg folo sini..im ur 285 follower =)
psst..kredit kad mmg berhantu skit hehe..dlu pakai tp skrg dh potong..takuttt ;)
best sgt ka pkai kad kdit ni...
ردحذفbila da over2 shopping makan diri lak kan
mintak simpang~