Hukum Membela Kura-Kura, Yaya Terkedu !

Hukum Membela Kura-Kura, Yaya Terkedu ! | Selepas Yaya post entri nie Magda & Lenka, Si Kura-kura Kembar Siam pagi tadi. Yaya dapat comment dari Apesz Shah .

Apesz pun berminat nak bela kura-kura nie. Tapi ada rasa was-was sebab ada kawan dia cakap tak baik bela kura-kura. Hairan Yaya sebabnya tak pernah pula Yaya dengar pun pasal ni. Kura-kura tu kan ramai je yang bela. Dengan saiz yang kecil, comel..kiut miut jer.

Kura-kura peliharaan kami..EPPA dan EPPY nie selalu buat Yaya dan family tersenyum. Tengok gelagat kura-kura sepasang tu berenang boleh lenyapkan rasa penat bekerja seharian di pejabat. 

Hukum Membela Kura-Kura


Tapi komen Apesz tu membuatkan Yaya berfikir berkali-kali. Bila kita sendiri dah bela ni nak lah tahu kesahihan hukum membela kura-kura ni. Yaya mencari info di internet kemudian terjumpa satu blog ni. Blog nie dah lama tak aktif. Bila baca sampai habis memang bikin jiwa kacau..adush!!!!


Hukum Membela Kura-Kura



Gambar : Google


Jangkitan kuman Salmonella dari kura-kura


Menurut berita dari Medicinet hari ini mengisahkan seorang bayi berumur 3 minggu mati akibat jangkitan Salmonella yang didapati dari kura-kura peliharaan mereka (pet). Bayi itu mendapat demam dan shock (renjatan) kemudian meninggal.

Kerajaan US telah mengharamkan (ban)penjualan kura-kura kecil yang berukuran kurang dari 4 inci semenjak 1975 tetapi perkara itu selalunya tidak dipantau.

Bakteria Salmonella mengakibatkan jangkitan Salmonella atau Salmonellosis yang sering berkait dengan demam,diarrhea (cirit-birit) dan cramp pada perut.Selalunya jangkitan ini tidak mengakibatkan kematian tetapi kepada anak-anak kecil ,orang tua dan orang yang mempunyai imun yang rendah boleh mendapat jangkitan yang teruk.
 

Langkah-langkah pencegahan membela kura-kura


1) Jangan bela langsung
2) Elakkan anak-anak kecil dibawah umur 5 tahun menyentuhinya ...macam mustahil.
3) Jangan basuh tangki kura-kura tu di sinki dapur
4) Kalau ada yang nak dapat baby ..tolong serahkan kura-kura tu kepada orang lain


Ini adalah kerana tidak ada cara untuk hapuskan salmonella dari kura-kura.

Saya pernah terbaca satu ruangan soal jawab agama dimana ada yang bertanya hukum membela kura-kura di rumah..jawab ustaz tu hukumnya MAKRUH hampir haram kerana kita memelihara haiwan yang tidak boleh kita makan dan tanpa niat untuk memakannya.


Haiwan tu di dalam keadaan yang bukan semulajadi dan kita menyiksanya setiap saat. Semenjak itu saya pujuk anak-anak supaya lepaskan semua hamster yang ada..meleleh airmata mereka tetapi saya kata ..tengok betapa gembiranya haiwan-haiwan itu..bermakna mereka tak gembira selama ini...sekarang anak-anak merengek lagi nak bela ikan pula....


Anyway sesiapa yang ada bela kura-kura tu patut fikir-fikirkanlah ya ....kerana saya lihat di mana-mana pet shop ada jual kura-kura kecil tu ... mungkin undang-undang negara kita ..longgar kot .

info: http://www.medicinenet.com/
sumber :  http://ubatkehidupan.blogspot.com/


Bela atau lepaskan?


Huhuhu.... macam mana nie. Rsa macam tak percaya je. Apalah nasib haiwan peliharaan pertama anak kami ni.

Kura-kura dua ekor tu makin sihat dan makin membesar. Ada yang kata tak pe..boleh bela..lagipun Yaya bela sepasang..

Apa pun Yaya dah mula rasa bimbang. Dah tu boleh sebar penyakit pulak tu! huhu ...

Bab makruh bela tu kena tanya ustaz lah nampak gayanya..

Kena cari alternatif lain agaknya. Ada peminat kucing? Korang baca juga ye hukum membela kucing.





31 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Salam

    Kak saya nak minta maaf.
    Jika komen saya tadi telah buat akak dalam
    serba salah. Ni pon buat saya terasa bersalah
    juga. Saya hanya bertanya ni kak, sbb minat nak
    membela tetapi kawan ada cakap mcmtu kat saya.
    Tu yg terbantut. Jadi saya lihat akak ada postkan
    entry pasal kura² tu yg terus bertanya apa
    yg sebenarnya. Maafkan saya kak yaya yea.

    ردحذف
  2. tak tahulah...tapi, ayah marah bela kura-kura... bak kata org tua-tua..orang dalam rumah cpat bertelagah...

    ردحذف
    الردود
    1. bertelagah = sentiasa berlainan pendapat dan berselisih faham.

      حذف
  3. @apezs shah
    tak perlu rasa bersalah..ni la satu manfaat berblogging..boleh sebarkan ilmu...sekarang suami akak tengah fikir apa nak buat dengan kura-kura 2 ekor tu..:-P

    ردحذف
  4. @NurLailatul
    pasal bertelegah nie akak no komen..sebab selama kami sekeluarga jaga kura-kura nie tak pernah la pulak bertelegah..hihi..

    ردحذف
  5. hi.. di bilik sy pun ade sepasang kura2..
    orang kate kura2 boleh bawak nasib malang eh? hmmm

    ردحذف
  6. mohon share ye..huhu..sedih j..kura-kura ku...

    ردحذف
  7. kura-kura yang jalan lembab ni pon boleh bunuh orang.jangan pandang sebelah mata benda-benda macam ni.ish3.

    ردحذف
  8. wah. huhu. baru tau. info nh sgt berguna. hari tuh kita nak bela dah. bila bg tau umi, umi tak bagi bela sebab nanti susah nak jaga. bila dah baca yang nh. terus tak jadi bela. terima kasih. tapi kalau niat baik, tak pe kot :) kura-kura comel kan?

    hai. kita baru je datang sini. jom g blog kita :)
    cik direktor !

    ردحذف
  9. huhuhu..hai...gud info...sorry tetibe je sebok..^^
    tp sy rase, pndapat ustaz tu x ckp kukuh lg...
    tp kite kene cari pndapat len..
    utk penyakit tuh make sense...
    so kene hygenic sket bab bela pets nih...
    sy ad gak bela kura2 neh..petua melayu mmg x bg bela sprti yg da ad dlm komen2 kt atas tu...tp for me it dosnt make sense...mybe org tua2 melayu x suke kite seksa haiwan...itu betul..
    tp petua cina ckp bela kura2 umur pnjng coz dia antara hewan yg blh hdp lama...2 pon dosnt make sense jugak..hehehe..sy pon ade bela kura2..for me klo kite beri yg t'bek utk pet kita, kita akan dpt yg t'bek jgk utk diri kita...^^

    ردحذف
  10. Bukan kura-kura je bawak penyakit... Kucing pun bawak penyakit jugak, ayam, burung, dan segala macam binatang lain lagi... Ikut nasib la, kalau nasib tak bagus, dapat la kura-kura yang ada salmonella, dapat kucing ada Giadiasis etc...

    :)
    Sekadar berkongsi...

    ردحذف
  11. mmg ade org cakap.. bela kura2 ni ta elok.. sbb dia binatang 2 alam.. tp ni semua kata org tua2 la.. kadang2 kata org lama ni ta bole caya sgt.. erm.. cuba tnyer org yg arif lah~

    ردحذف
  12. tq yaya....akak tak tau lak hukumnya makruh..

    ردحذف
  13. sy pon ade gak bela sepasang kura2..ni hsband y suh cari psl kura2..coz sjak ktrg bela kura2 ni byk sgt malapetaka y ktrg dpt..sblm ni xde pon..tp sy anggap tu sume ujian Allah..org tua2 n mertua pon ade ckp xelok bela kura2,blh bw malang..
    pndpt ustaz tu pon cam x ok jer..coz nabi s.a.w pon ade bela kucing..abu hurairah r.a pon bmaksud bapa kucing,coz abu hurairah suke sgt bela kucing,dlm jubah pon ade kucing

    ردحذف
  14. pasal bakteria tu,,uni no komen la kan..

    tp pasal ni,,,
    "jawab ustaz tu hukumnya MAKRUH hampir haram kerana kita memelihara haiwan yang tidak boleh kita makan dan tanpa niat untuk memakannya."

    agak pelik la jugak..selama ni kita bela kucg sebab nak makan ke?
    Nabi saw pon bela kucg,,n syg kucg..n xde niat nak makan pun..xsalah,,pesal bela kura2 salah lak?

    sori,,uni pon xpandai agama..n xpandai medik..

    juz heran je..

    n uni nak bela kura2!! :D

    ردحذف
  15. Waaaaa yeke! Saya pun bela kura kura jugak. Tiga ekor, dah jaga nak masuk 2 tahun. Sayang la nak lepas :'(

    ردحذف
  16. tspi nabi muhammad bela kucing..camna tueee???
    kena tnya ustaz azhar idrus laaah

    ردحذف
  17. Salam..

    Sekadar berkongsi pendapat untuk mengelakkan jangkitan Salmonella. Sentiasa basuh tangan dengan sabun SEBELUM dan SELEPAS memegang kura-kura, sentiasa tukarkan airnya dan elakkan membasuh aquarium kura-kura di sinki. Saya mempunyai 3 ekor, hampir 3 bulan menjaganya. Alhamdullillah, aktif dan manja. Selalu berkomunikasi dan belai kura-kura kita =)

    ردحذف
  18. Info dr alhafiz.net/soaljawabagama..

    Hukum membela memelihara binatang 2 alam di dalam rumah seperti contoh kura2 dan katak harus dengan syarat tidak menzalimi binatang tersebut...

    ردحذف
  19. Info dr alhafiz.net/soaljawabagama....


    Hukum memelihara binatang 2 alam di dalam rumah seperti contoh kura2 dan katak Hukumnya harus dengan syarat tidak menzalimi binatang tersebut...

    sekadar berkongsi info

    ردحذف
  20. ohhh akak sy baru je merancang nak bela kura2 bila sy dah ada bajet,hai ustaz tu x ada ke bagitau hukum membela bintang berbisa mcm ular,spider ungka dan iguana tu..kwn sy bela kura2 ok je..ayah dan mak tiri sy dulu pernah bela kura2 di rumah mereka(sy duduk dgn nenek) patut la anak dia merenggek nak bela ikan emas pulak,hu3 hamster tu mmg sy x tau apa hukum dia tp mmg kwn sy ada bela hamster

    ردحذف
  21. alahai..sy ade 3 ekor..dan dah bela dr 2010..syg sgt.
    sebab manja.
    huuuu sedih plak kalau nak lepas. sekor tu da besar tapak tangan budak.

    bila panggil nama atau dorg dengar suara sy..betapa riang tfk dorg
    duk tepi akuarium..mcm paham je ape sy ckp.

    ردحذف
  22. sy ade bela 3 ekor.
    syg la kalau nk lepaskan..sebab manja.
    dari 2010 bela..yg 2 ekor ni baru beli 3 bulan lepas..

    pantang dgr suara sy panggil..masing2 riuh tonjolkan diri.
    adui..risau plak dgn penyakit tu.

    so far..setiap 2-3 hari sy mmg basuh bekas dorg

    ردحذف
  23. Kalu cerita ttg penyakit.. Bela kUcing pn dpt penyakit.. Huhu

    ردحذف
  24. Dulu masa bela kura kura kat asrama..2 hari housemate kena rasuk jin...hari ke2, trus call abah amek kura2 balik.. next day xde apa2 smpailah hari2 seterusnya. Nenek kata kura2 bw sue...ntahlah. kesian jugak

    ردحذف
  25. saya ada bela...tp nk lepaskan tak tau nk lepaskan kt mner...ada cadangan tak

    ردحذف
  26. Saya bru beli kkura ni..ank autisme sy suka bntg..n minat kura2..bru ni dpt belikn..xkn nk lepaskn plak.ni klau lpskn ade mnatang lain plak mkn dia..��

    ردحذف
  27. bab hukum tu macam pelik sikit, takkan nak makan kucing plak. ramai yang bela kan. hehe

    bab dari segi perubatan bela kura2 ni, kene tanya yang pakar lagi la. setakat ni tak pernah lagi baca pasal tak boleh bela kura2 ni.

    ردحذف
  28. Maklumat yang sangat berguna.


    Saya seorang blogger baru, saya ingin memberikan maklumat pada waktu wabak seperti ini kita diharapkan dapat bekerja dari rumah.
    Berdasarkan pengalaman baru-baru ini, saya menggunakan aplikasi Zoom untuk terus berhubung dengan rakan, saudara, keluarga dan pensyarah.
    Anda boleh memuat download zoom free di laman web ini https://www.downloadzoomfree.com/

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم