Assalamualaikum,
18 AKTIVITI MENARIK ANAK KECIL MERANGSANG MINDA - TIPS BAYI PINTAR | Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama ke hidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembelajaran.Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak.
18 AKTIVITI MENARIK ANAK KECIL MERANGSANG MINDA - TIPS BAYI PINTAR | Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama ke hidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembelajaran.Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak.
Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).
18 AKTIVITI MENARIK ANAK KECIL MERANGSANG MINDA - TIPS BAYI PINTAR
Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan kepada bayi:
1. Bertentang mata
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.
2. Bercakap-cakap dengannya
Walaupun reaksi yang di berikan rupa keliru dan hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.3. Susu badan
Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh. Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi.Tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.4. Jelirkan lidah
Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.5. Hasilkan buku binatang
Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk di jadikan album.Kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya
Ketawa langkah pertama dalam perkembangan humor bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.7. Tunjukkan perbezaan
Pegang dua keping gambar beberapa meter dari muka si kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.8. Berkongsi pandangan
Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.9. Nyanyikan lagu untuknya
Kajian menunjukkan mempelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
10. Gunakan masa menukar lampin sepenuhnya
Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.11. Beri kata kunci
Jika anda berkata; “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.12. Beri kejutan
Sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.13. Sediakan banyak tisu
Jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan. Dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.14. Baca buku berulang kali
Saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta membantunya mempelajari bahasa.
15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa
Bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.16. Main dengan warna
17. Biarkan dia bermain dengan makanannya
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
18. Jangan lupa rehat
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan. Biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
Yaya nak semak lah,18 tips kat atas tu yaya dah praktik ke belum yer ? hihi
1. dah selalu buat
3. memang tak berhenti lagi menyusu badan .. boleh main manja-manja gitu ..tapi ada jugak rasa macam ..ala..lambatnyer Wafiq 2 tahun..nak wean off..sakit belakang dah pangku dia..haha..kejam!
5. pernah buat flash card gambar binatang jer ..
7. tak pernah buat .. bagus jugak tips nie..tak pun bagi je Harian Metro kat Wafiq..bukak page ' cari 8 perbezaan pada gambar nampak sama tapi tak serupa tu ' harus pengsan anak ibu!..
9. sekarang Wafiq tengah gigih menyanyi lagu Anna Rafali tu ...' Kalau Berpacaran ' .. siap menari lagi...hihi...
11. pernah buat ke tak yg nie..rasa macam ada..tapi jarang-jarang...
14. sekarang nie bg buku cerita yang gambar besar-besar je..bagi dia belajar melalui gambar..
13. budak mmg suka main tisu .. tapi selalunya yaya bg 2 3 helai pastu sorokkan kotak tisu..tak de la pulak nak cari barang tersembunyi ;-p
16. belum praktikkan lagi..
18. biasa buat nie..tapi biasa Wafiq cepat bosan..mula la dia baling segala mainan dia...
Semoga tips baby pintar dapat jadi rujukan untuk ibu bapa di luar sana.
Semoga tips baby pintar dapat jadi rujukan untuk ibu bapa di luar sana.
wow..good info tq sharing yaya..
ReplyDelete