Wafiq 1 tahun 6 bulan

Khamis lepas dah pergi inject Wafiq untuk cucuk untuk usia setahun enam bulan...Inject Dtap , Hib & Pollo, semua dalam satu suntikan. Wafiq masuk tunggu dalam klinik kejap je, terus doctor panggil masuk..Masuk je dalam bilik doktor, Wafiq terus kena timbang.Jom tengok perkembangan berat Wafiq dalam masa setahun setengah nie...

  • 16/07/09 - 1st day - 3.61 kg - tinggi 50 cm
  • 27/07/09 - 3.7 kg
  • 5/08/09 - 3.8 kg
  • 16/08/09 - sebulan - 4.2 kg
  • 14/09/09 - 5.9 kg
  • 13/10/09 - 7.1 k.g
  • 16/11/09 - 8.5 kg *
  • 15/12/09 - 9.2 kg *
  • 13/01/10 - 6 bulan - 9.85 kg * tinggi 70 cm
  • 02/08/10 - setahun - 11.7 kg
  • 20/01/11 - setahun 6 bulan - 13.2 kg
yang bertanda * tu maknanya OBESITI !!!! anak i OBES u !!! hahha... graph dah masuk kawasan merah...doktor siap buat rekod lain untuk tengok perkembangan berat Wafiq...bahaya katanya kalau berat terus naik...dah nak wat cam mana selera Wafiq besau benorr!!! seb baik skang pandai diet..diet?? haha..tak de makna ye Wafiq... selera makan tetap besauuu!!! tapi selang seli dgn melompat..so ok la...tak de la sampai gedebabb..hihi..

berbalik citer pasal gi klinik...masa nak suntik, 2 org kena pegang Wafiq. Ibu pegang badan dan ayah pegang kaki.Masa kena inject tu je Wafiq menjerit, lepas cabut jarum injection, terus berhenti menangis..huhu.Siap main lari-lari lagi dalam bilik doktor. Wafiq siap dapat 2 biji gula-gula lagi daripada pembantu doktor.sekejap je kami kat klinik tu..dia utamakan kanak-kanak kut...hihi...tak lupa mintak resit nak claim ngn majikan..haha!!

malam tu Wafiq tidur lena jer..bangun pagi esoknya seb baik dia cergas macam biasa..tak demam...Alhamdulillah...


keras otot2 lengan ibu semata-mata nak ambik pose nie..haha!!! ...

1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post