Tun Dr Mahathir pernah berkata : ''tidak ada manusia yang berhati batu hingga tidak sedikit pun mencintai tanah tumpah darahnya''
Langkah - Langkah Untuk Menangani Pencemaran Alam Sekitar :
Pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam menangani isu pencemaran alam sekitar.
IBU BAPA
- Ibu bapa memainkan peranan yang terutama dalam mengatasi pencemaran alam sekitar kerana mereka adalah contoh kepada anak mereka.
- Ibu bapa perlu mengwujudkan suasana bersih dalam rumah mereka dan menegur sikap anak mereka yang membuang sampah sarap di merata tempat.
- Ibu bapa juga harus bersama-sama anak mereka apabila membuat aduan pencemaran alam sekitar supaya mereka akan tahu bahawa perkara itu adalah perkara yang salah.
GURU
- Sentiasa menerapkan nilai murni sayangkan alam sekitar dikalangan pelajar.
- Menekankan kebaikan kitar semula dan mendidik pelajar cara kitar semula yang betul.
PEMIMPIN SETEMPAT ATAU KETUA KAMPUNG
- Pemimpin setempat perlu mengadakan kempen-kempen kebersihan atau gotong-royong untuk menjaga kebersihan tempat itu.
- Pemimpin setempat pun perlu memantau atau memeriksa tempat pembuangan sampah di kawasannya.
- Memantau pembakaran sampah sarap di kawasan terbuka. Tindakan susulan perlu diambil seperti memberi teguran pada permulaan ataupun disusuli dengan denda sekiranya masih ingkar.
MEDIA MASSA
- Media massa memainkan peranan yang besar kerana ianya dapat menyampaikan maklumat dengan cara cepat dan mudah.
- Media massa perlu menjalankan kempen-kempen kesedaran dan memaparkan kesan-kesan yang datang kerana pencemaran hanya untuk menyedarkan masyarakat.
KEMENTERIAN PELAJARAN
- Kementerian pelajaran juga memainkan peranan dalam mengatasi masalah tersebut dengan menyampaikan kepentingannya alam sekitar kepada pelajar-pelajar dan generasi muda. Sekolah-sekolah perlu mengwujudkan suasana bersih di sekolah dan mengadakan kempen kebersihan.
KERAJAAN
- Kerajaan memainkan peranan yang besar sekali kerana mereka adalah pihak-pihak yang berkuasa.
- Kerajaan perlu mengadakan ceramah-ceramah tentang kesan pencemaran alam sekitar untuk membuka mata masyarakat.
- Kerajaan juga perlu memantau kawasan pembuangan sampah sarap dan sisa toksik.
- Kerajaan perlu mengawal perlepasan asap dan pembuangan toksik bahan kilang dengan efektif. Pengawalan ini boleh dilakukan menerusi tindakan menguatkuasakan undang-undang terutama meningkatkan aspek dendaan dan hukuman penjara kepada pesalah.
- Kerajaan perlu mengetatkan peraturan. Rakyat negara ini pasti akan berasa takut apabila mendengar bahawa hukuman mencemarkan alam begitu berat sehingga mereka tidak lagi berani mencemarkan alam.
- Kerajaan perlu menambah jumlah pegawai penguatkuasa untuk mampu mengesan lalu mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan pencemaran alam ini.
- Membuat kempen kesedaran yang efektif dengan memokuskan golongan muda terutama yang masih berada di bangku sekolah kerana golongan inilah yang akan mewarisi alam sekitar kita. Kesedaran ketika masih muda menjadikan rakyat kita boleh melakukan sesuatu apabila mereka dewasa kelak terutama untuk memastikan alam sentiasa bersih dan berkekalan.
- SEKIAN -
Kalau korang pun teringin nak join K L I K S I N I ...
Kalau korang pun teringin nak join K L I K S I N I ...
cantik gmbr..kt riyaz yer?
ردحذفwah, banyaknya tips. baguslah. semoga berjaya ya. cuba lihat pertandingan dari saya pula ya.
ردحذفhttp://gedungrasa.blogspot.com/2011/01/pertandingan-apa-itu-kitar-semula.html
@wida..ye kat riyaz..
ردحذف@fitri..nanti yaya singgah..
ردحذفgoodluck ibu wafiq..:))
ردحذف